Malaysian Journal of Mathematical Sciences, July 2008, Vol. 2(S)
Special Edition - National Conference on Mathematical Biology 2006


Sebuah Model Untuk Daya Impak Ketika Mendarat Daripada Lompatan Smesy

Azmin Sham Rambely dan Siti Shahanum Buslain

Corresponding Email: [email protected]

Received date: -
Accepted date: -

Abstract:
Kajian ini membincangkan tentang sebuah model untuk daya impak ketika mendarat daripada lompatan smesy. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji magnitud daya yang terlibat semasa mendarat, melihat nilai sudut di sendi-sendi kaki contohnya pada peha dan lutut dan juga daya-daya yang terlibat pada paksi mengufuk. Persamaan Newton-Euler digunakan untuk membangunkan model bahagian pinggiran bawah badan manusia. Pemain badminton yang bertaraf dunia diambil sebagai subjek ketika pertandingan badminton Piala Thomas 2000 diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia. Keputusan kajian menunjukkan bahawa ketika subjek mendarat, daya impak yang terhasil pada kaki yang mendarat adalah lebih rendah berbanding dengan daya yang terhasil pada kaki yang sebelah lagi. Perubahan sudut pada segmen betis dan peha juga menunjukkan bahawa subjek memfleksikan kaki apabila mendarat bagi mengurangkan kecederaan.

Keywords: Lompatan Smesy, biomekanik, model pergerakan manusia, persamaan Newton-Euler